Pages

Sunday 4 January 2015

Xpresi Cinta Rasul

BismiLlah. WalHamduliLlah, saya dan sahabat2 berkesempatan untuk menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi bin Awang semalam. MasyaALLAH tabakaLlah. Saya kagum dengan keilmuan yang dimiliki oleh Tuan Guru. Hebat beliau berbicara tentang sirah. Setiap point2 yang ditutur sangat berharga, rugi andai tidak diberi perhatian. Oleh itu, dengan izin Allah, saya share setakat mana yang saya dapat daripada majlis barakah tersebut. 
Xpresi Cinta Rasul
Ringkasan Dapatan ceramah Sirah Perjuangan RasuluLlah saw oleh Tuan Guru Haji Hadi(Naib Ketua Kesatuan Ulama' Islam Sedunia)
KUIS 4 Jan 2015 malam
Cinta Rasul bukan sekadar menyambut 'hari jadi', bukan sekadar bermusim. Penting utk kita menjadi pengikut SETIA Nabi saw.
Manusia adalah umat yang satu. Semua daripada keturunan Nabi Adam AS. Islam adalah Agama asal kpd seluruh manusia, bercanggah dengan teori Barat yang mengatakan sejarah manusia dari zaman batu. Adam AS membawa mesej Islam, membawa amanah kepada manusia, agar manusia menjalankan amanah.
Selepas 10 abad kewafatan Nabi Adam AS, manusia menyembah selain drpd Allah, buat syariah sendiri. Then, Allah utus Nabi Nuh AS, kemudian Nabi Nuh AS wafat, dan Allah utuskan Rasul2, silih berganti, sehinggalah kepada Rasul yg terakhir, Nabi Muhammad saw.
Tentang kedatangan Nabi Muhammad saw bukan hanya tercatat dalam kitab agama samawi (Taurat,Injil,Zabur), bahkan dalam kitab agama bukan samawi seperti Hindu, disebabkan serpihan2 yang datang dr Rasul2 sebelum.
Islam adalah untuk menunaikan kewajipan ibadah sbgmana firman Allah Jalla wa Ala, "Tidak Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadah/taabbud kepadaku". Allah lantik Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah ( lantikan bukan macam presiden yang dipilih oleh manusia untuk memimpin). Allah lantik Rasul saw utk tegakkan Syari'ah dlm kalangan manusia, kembali pada Allah. Nabi Muhammad saw diutuskan utk seluruh manusia tak seperti Nabi2 lain yang diutuskan utk kaum & zamannya sendiri.
Allah Jalla wa Ala pilih Nabi Muhammad saw, pilihan Allah ni, seorang yang berakhlak baik, tinggi peribadi, sahsiah terpuji, bijaksana. Allah pilih dengan cara istimewa utk pilihan Allah ini( baca:RasuluLlah) menghadapi cabaran seluruh dunia.
Nabi2 lain ada mu'jizat tersendiri. Mu'jizat RasuluLlah saw adalah ilmu, iaitu dengan Al-Quran. Mu'jizat Rasul adlh dgn ilmu dsebabkan manusia semakin menuju wawasan ilmu, faktor pembangunan manusia.
Allah pilih utusan agamanya (baca:Nabi saw) di tempat Makkah. Beliau dilahirkan daripada Kabilah Quraisy, di bumi yg kering. Perkataan 'Quraisy' bermaksud 'Jerung'. Akan tetapi, berkat doa Nabi Ibrahim, Makkah tempat yang strategik & mjadi bandar metropolitan yg diatur oleh Allah dgn cara yg menakjubkan utk sirah perjuangan RasuluLlah saw. (Baca surah Quraisy).
Strategi yang Allah aturkan merupakan akidah, akhlak(peribadi Rasul), ekonomi(Makkah bandar metropolitan). Dalam keadaan manusia yg kosong akidah, golongan yang meminda kitab Allah.
Walau masyarakat jahiliyah berleluasa dgn kejahilan mereka, ada golongan yang masih berpeganh teguh dgn Agama, yakin & menunggu kelahiran RasuluLlah saw sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab.
Abu Talib(bapa sauara Nabi saw) bawa Nabi jumpa pendeta utk mengenalpasti kenabian Muhammad saw.
Kuasa besar Parsi, Rom, China, India sememangnya terkenal dengan ketamadunan yang dilihat hebat, hakikatnya ia dibina atas kezaliman, dibina atas 'mayat2' rakyat yang dizalimi. Ia menunjukkan runtuhnya akhlak mereka.
Then Allah lahirkan Nabi saw, yg perlu berhadapan dengan kaum sendiri dahulu, sebelum berdepan dengan dunia.
Allah boleh bagi kerajaan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Allah juga boleh cabut kerajaan sesiapa yang DIA kehendaki.
Allah memuliakan kemenangan itu dengan syarat, iaitu mereka diuji oleh Allah Ta'ala. Apakah kamu mengira kamu masuk Syurga selagi kamu belum diuji.
Kenapa Allah uji? Untuk bina jati diri, bina iman. Sahabat2 diseksa, dibunuh sebab berpegang dan pertahankan Islam. Mereka ditarbiyah utk bina jati diri, akidah sebelum diberi kemenangan. Allah tarbiyah dulu!
Kemenangan Islam meruntuhkan jahiliyah & tak diganti oleh jahiliyah yang lain.
Rasul saw ditawarkan kemewahan & pangkat dengan syarat meninggalkan Islam. Orang sanggup menghabiskan duit nak bagi jawatan kat RasuluLlah, asalkan jangan bawa Islam. Rujuk jawapan Rasul dlm surah Al-kafirun.
Nabi saw ajak pemimpin2 Arab di Makkah masuk Islam, tapi pemimpin2 Madinah yang ikut Islam, sebab negara Madinah negara ramai ahli kitab, terima Nabi saw berhijrah & daulatkan Islam.
 Kena bina asas. Nabi bsabda bhwa Allah perintah buat perintah & blaku adil. Pemimpin Bani Syaiban berkata bahawa ini bukan daripada suruhan manusia, pasti suruhan dari langit. Nabi suruh pemimpin tersebut utk mengucapkan syahadah.. Kata pmmpin itu bahawa ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw adalah ajaran yang baik. Tapi katanya ini kalimah syahadah yg ditentang oleh sluruh dunia.. 'Ajaran mu baik, tp kami xsggup menghadapi tentangan dunia.'
Pemimpin Auz dan Khazraj berbai'ah & menerima Islam. Selepas itu ada yg tanya Rasul, skiranya Islam menang, engkau RasuluLlah pulang balik ke Mekah? Nabi senyum. "Aku bersama kamu."sabdanya. Dan sungguh, Nabi dimaqamkan di Madinah setelah baginda wafat.
 Disambung oleh kump Islam yg bertali arus.. Pemimpin Rom, terima Islam tanpa paksaan. Masyarakat Rom mnggalkan Agama mereka, menuju Islam.
Islam mghargai ahli2 ilmu dlm plbgai bidang. Lahirlah tamadun Islam. Nabi saw cpta teori bank. Pmbinaan hospital, teori daripada Nabi suruh bina khemah utk rawat Saad yg cedera.
Allah akan tetap menyempurnakan agama Islam, tapi KENA BERJUANG DULU.
Isi2 & kesimpulan ceramah Sirah Perjuangan RasuluLlah, KUIS, 4 Jan 2015.
(Sebarang top up & pembetulan, silakan)
Al-haqirah,
Noor Ratiawani binti Wira. Usimian.

#Be my friend in facebook. https://www.facebook.com/noor.arraudhah

Wednesday 31 December 2014

ISTIGHFAR

Sepatutnya coretan tidak perlu dititiskan di sini.

Sepatutnya coretan ini perlu dihadap pada ILAHI. Aku tahu ku kan diuji. Lagi banyak daku bicara, lagi berkilo2 aku diuji.

Oh mulut. Bilakah kau kan berhenti?
Duhai hati, bilakah kau kan serik dari menata?
Hai fikiran, Sampai kapan kau ingin macam2?

AstaghfiruLlah.
Istighfar bukan tempatnya di sini, tapi tatkala hati berfokus, sesali sungguh pada ILAHI.

Ku bertanya...
Salahkah untuk aku berkongsi?
Salahkah untuk ku mengajak umat?
Salahkah untuk ku ajarkan sebuah kebaikan?

Ku tahu.
Amalku bukan setinggi para wali.
Ingatanku pada ILAHI kengkadang pinar, sesar dalam lemasku dalam pelukan dunia.
Cukuplah sekadar ia mnyatakan...
Ya, aku tak sempurna.

Dan ya.
Pelbagai halangan untuk usaha baik kita,
Mengapakah mesti ada halangan?
Tanyakan pada diri..
Bagaimanakah dinamakan berjuang yang dijanjikan Syurga?
Pasti, kan ada halangan.

Allah,
Keyakinan kian terpacak, teguh berdiri.
Ku yakin, aku sekadar mengajak,
Ku sekadar berkongsi mana yang baik.
Ku perlu perbaharui niat...

Kerana bicara manusia mahu sering menyinggah pada hati, diambil kalam mereka agar dijadikan lampu untuk diri menjadi sempurna pada mereka. Makin rosak hati.

Kerana... seringkali si durjana la'natuLlah datang membisik, melemahkan manis ikhlas dalam amal, membuatkan hati menguntum senyum dalam segala lintasan tercela.
Oh, janganlah cela itu merajai hati...

AstaghfiruLlah.

Manusia yang banyak khilaf ini, merasa penat sekali bermain hati. Banyaknya noda hitam yang sering berkunjung datang. Bilakah ia kan bersih? Bilakah ia kan suci? Bilakah ia kan tanggal, walau sedikit demi sedikit. Ya, ku ingin tanggalkannya.

Sedangkan Sang Rasul yang mulia lagi terpelihara dari dosa beristighfar memohon ampun padaNYA lebih dari 70 kali sehari, dan ada riwayah menyatakan lebih 100 kali sehari.

Maka, bagaimana kita2 yang banyak lakukan khilaf ini?

Maka, jadikanlah istighfar itu makanan rohani setiap hari. Perlu istighfar dalam harimu.

Sang pendamba mursyid. Perindu sufi.

Al-Faqirah,
Noor Ar-raudhah.

Wednesday 1 October 2014

Saya

Assalamu'alaikum.

Hai... ^_^

Rasanya dah berbulan-bulan tak kemaskini blog ni. ^_^ Sibuk lah sangat!

AlhamduliLlah.
ALLAH bagi semangat baru pada jasad yang sama. 'Aku' yang dulu bukanlah sepenuhnya yang sekarang. Maksudnya saya insyaALLAH ada perubahan. InsyaALLAH, mudah2an lebih baik.

Bercerita mengenai dunia kampus, saya di Universiti Sains Islam Malaysia. AlhamduliLlah lagi sekali, banyak siratan dan suratan yang ALLAH Jalla wa A'la bagi. :)

Di dunia kampus, saya belajar banyak perkara... Di situ juga saya makin mengerti erti hidup yang sebenar... Dalam erti kata lain, yeah saya dah makin dewasa, dah makin matang. Boleh faham dah itu ini, benda2 yang dulu tertanya2. Seiring dengan pembelajaran ilmu2 dalam perkuliahan dan tutor, di samping tambahan ilmu2 luar kuliah. Banyak persoalan yang terjawab kadang2 tanpa kita sedari.

Saya rasa, bukan saya dapat perkembangan dari segi intelektual sahaja, bahkan saya meneliti dari segi spiritual dan emosi, saya makin faham itu dan ini. Mungkin berkat mereka yang ikhlas ajar saya. Saya ni tumpang sahaja berkat orang, saya tiada apa-apa sangat nak bawa, mungkin tak sama dengan orang lain. Ana cuma bawa cinta, cinta yang saya tahu, cinta yang saya rasa, cinta yang saya yakin, bahawa ia berhak disalur Pada yang Haq.

ALLAH dan RasulNYA,

Terkadang si kerdil ini selalu mengatakan cinta dan cinta, hingga hampir bosan telinga mendengar, akan tetapi difikir juga, betul ke cinta dengan setulus-tulus cinta pada ALLAH dan Rasul. Menginsafi, mampukah nk contohi betul2 'ulama'2 dulu, yang dekat dengan ALLAH dan kuat tegung pegang perjuangan RasuluLlah.

Saya tinggalkan dahulu dengan muhasabah cinta. CINTA OH CINTA <3

Sunday 1 December 2013

anak kecil, anak muda

Semalam..di hadapan mata kami satu kejadian di mana satu pasangan india mengejar laju dua org lelaki bermotor,seolah2 lelaki bermotor mengambil sesuatu dari mereka... wALLAHu a'lam.. ttapi kudrat mereka tak mampu utk mngejar lagi dek kerana hanya berlari...

Suatu renungan... masalah sosial dalam kalangan remaja,anak muda semakin menjadi,seolah tidak lagi takut,mereka semakin berani...

Ya ALLAH,anak2 kecil bakal menjadi remaja..akan merasai dunia anak muda... saat kecil inilah masa yang terbaik utk membentuk...

Suara buat ibu ayah,jaga anak2 dengan baik...didiklah dengan corak Agama...kerana membentuk anak kecil seperti melakar di atas batu,kesannya lebih kekal dan kuat...

Buat kakak dan abang2, pantau adik2mu dengan rasa kasih sayang kerana TUHAN...

buat mereka yang ada peranan... teruskan jalani tanggungjawab... toleh apa yang lalu,utk dibuat pengajaran,jeling pada masa hdapan,agar kita tahu anak kecil inilah yang akn melayari dunia,bahkan mampu memimpin dunia dgn apa yang mereka dapat sekarang...

Teruskan didik dengan iman,Islam dan ihsan... :')

utama rohani

Semalam...ALLAH didik keberanian... dua muslimah ats highway yang banyak kenderaan...naik kereta,sorang yang ada lesen,tp dah lama xbwak kereta manual...

Memang saat genting dan takut ini,kita akan berharap pada ALLAH..malah smakin tinggi penghrapan... perjalanan dgn kereta,motor san kenderaan berat,treler melepasi kami... xputus hati berharap pada ALLAH... mudahan selamat...

Pabila melihat lori dan treler,terkenang pada mereka y kemalangan digilis,shgga putus jasad,pecah dan parah di situ dan sini... saya membayangkan jika sayalah di antaranya... jasad y dipelihara,dijaga rapi dan penuh indah,menjadi lumat,buruk malah kan xmampu untuk dipandang...

Jadi,apa guna rupa dan badan yang selama ini dicakna2 menjaganya??? Apa yang kan tggal selain itu?
Yang tinggal adalah rohani kita, batin kita...yang akan dihadapkan pada ALLAH TA'ALA...amatlah rugi andai tidak dijaga dengan sebaiknya,tidak diisi jiwanya...

Maka kenanglah kembali,renung dan hisablah diri... di saat jasad tiada guna lagi, semoga taqwa kita tetap diterima ILAHI...amin

Saturday 19 October 2013

sedia bernikah?

BISMILLAH

sememangnya...

melihat kepada pasangan pengantin, suami isteri dalam kalangan sahabat sendiri, menyebabkan ku merasa sedikit jeles pada mereka, :D apalagi yang dah punyai anak, cahaya mata, pada usia yang begitu muda... untung... 

tak dinafi lagi fitrah sebagai seorang manusia, yang ingin berpasangan dicipta olehNYA sebagai fitrah semulajadi...

ALLAHu akbar! bicara panjang soal baitul muslim ini... dalam meletakkan diriku pada hala itu, alhamduliLlah atas segala kurnianya... terima kasih, ALLAH :') kerana tidak meletakkan siapa-siapa di hati ini... akan tetapi antara cara menzahirkan sifat kehambaan adalah dengan berhajat kepada pasangan, ALLAH menyukai hambaNYA yang menzahirkan sifat kehambaan di dalam dirinya ... insyaALLAH, bila ALLAH izinkan...

ku memang ingin bernikah... akan tetapi, ku jua takut cintaku pecah... dan cintaku padaNYA semakin berubah... akibat belum benar-benar sedia menjadi solehah...

barangkali, belumku bersedia... belum ku utuh dalam mencintaiNYA...DIA lebih kenal akan diriku... oh, diriku yang gersang, ingin bercinta denganNYA, tapi belum kenal cintaNYA dengan lebih erat...kerana jika cinta itu erat, ku kan benar-benar taat, jauh dari maksiat... ALLAH, ku mengemis cintaNYA yang mahal... kerena ku insan yang tersangat banyak lompang, sedangkan DIA pula memebri kasih sayang...

padahal DIA maha pemurah..............maha penyayang... cintaNYA tanpa alasan...

walau apapun, ingatlah... yakinlah dengan DIA,... sebagai manusia yang berusaha untuk bertaqwa dan mempunyai sifat-sifat ditarbiyah... sama-sama bersedialah untuk hadapi segala kemungkinan... jika kalian sudah diseru untuk menikah, maka semoga bersedialah... jika diseru untuk dipanggil ALLAH, mudah-mudahan kita jua bersedia... ALLAHu 

jika ditaqdir untuk apa sahaja, mudah-mudahan kita sedia... kita sedia... sebab dunia ini hanya satu titian, menuju kampung abadi, iaitu Akhirat sana...

sama-sama beringat... bersedia untuk segala, bagaimanakah ia... tuntasnya, perbaiki diri kita... semoga lebih baik dari sebelumnya... semoga kita dalam pemeliharaan ALLAH... amin

 ALLAHu a'lam

Thursday 26 September 2013

GELAP KEPADA CAHAYA...

assalamu'alaikum...

:) alhamduliLlah... segala puji bagi ALLAH atas segala nikmat yang dikurniakan pada si faqirah ini...

tak mampu ku sembunyikan, akan terima kasih dan terharu dengan kasih sayang ALLAH terhadap hambaNYA ini... berkali-kali, dalam bertatih mencari cahaya, ku kengkadang terjelepok dalam kegelapan... dan kengkadang juga terlencong dalam cahaya... jatuh dalam gelap itu biasa didengar... jatuh dalam cahaya itu pula bagaimana...
ku mencipta anggapan sendiri, "aku dah berjaya", padahal belum tentu tertunai kejayaan, sedangkan usahaku kurang... anggapan di bawah naluri yang bisa sahaja dibisik oleh syaitan dan nafsu... ALLAHu rabbi

terima kasih ALLAH...

inginku mengesahkan... dalam perjalanan itu, ku menyedari bahawa pentingnya ilmu... jangan biarkan kita tidak berilmu... bimbang nanti syaitan menunggu untuk menjadi guru... jadi, usahalah untuk kutip mutiara ilmu...

keduanya, dekatilah mereka yang dekat dengan ALLAH... agar kamu merasa tempias keindahan nikmat berTUHAN itu, sehingga kemudian kamu sendiri yang termotivasi...

:) segala puji bagi ALLAH

dalam peritnya jatuhku, ada sinar bahagia mendatang, cerah gemilang, membuatkan hati syukur lapang, rasa tenang... kembali kuat untuk terus berjuang...

dalam tingkat perjalananmu ini, kamu kan merasai, menghadapi tahap-tahap tertentu... maka, usahlah biarkan ia sia-sia berlalu... biarpun perit liku itu... hadapi... kuatlah untuk ILAHI... ambil pelajaran dari semua yang dihadapi... semoga ALLAH merahmati...

siapa yang memberiku rasa? ALLAH...