Pages

Sunday 4 January 2015

Xpresi Cinta Rasul

BismiLlah. WalHamduliLlah, saya dan sahabat2 berkesempatan untuk menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi bin Awang semalam. MasyaALLAH tabakaLlah. Saya kagum dengan keilmuan yang dimiliki oleh Tuan Guru. Hebat beliau berbicara tentang sirah. Setiap point2 yang ditutur sangat berharga, rugi andai tidak diberi perhatian. Oleh itu, dengan izin Allah, saya share setakat mana yang saya dapat daripada majlis barakah tersebut. 
Xpresi Cinta Rasul
Ringkasan Dapatan ceramah Sirah Perjuangan RasuluLlah saw oleh Tuan Guru Haji Hadi(Naib Ketua Kesatuan Ulama' Islam Sedunia)
KUIS 4 Jan 2015 malam
Cinta Rasul bukan sekadar menyambut 'hari jadi', bukan sekadar bermusim. Penting utk kita menjadi pengikut SETIA Nabi saw.
Manusia adalah umat yang satu. Semua daripada keturunan Nabi Adam AS. Islam adalah Agama asal kpd seluruh manusia, bercanggah dengan teori Barat yang mengatakan sejarah manusia dari zaman batu. Adam AS membawa mesej Islam, membawa amanah kepada manusia, agar manusia menjalankan amanah.
Selepas 10 abad kewafatan Nabi Adam AS, manusia menyembah selain drpd Allah, buat syariah sendiri. Then, Allah utus Nabi Nuh AS, kemudian Nabi Nuh AS wafat, dan Allah utuskan Rasul2, silih berganti, sehinggalah kepada Rasul yg terakhir, Nabi Muhammad saw.
Tentang kedatangan Nabi Muhammad saw bukan hanya tercatat dalam kitab agama samawi (Taurat,Injil,Zabur), bahkan dalam kitab agama bukan samawi seperti Hindu, disebabkan serpihan2 yang datang dr Rasul2 sebelum.
Islam adalah untuk menunaikan kewajipan ibadah sbgmana firman Allah Jalla wa Ala, "Tidak Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadah/taabbud kepadaku". Allah lantik Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah ( lantikan bukan macam presiden yang dipilih oleh manusia untuk memimpin). Allah lantik Rasul saw utk tegakkan Syari'ah dlm kalangan manusia, kembali pada Allah. Nabi Muhammad saw diutuskan utk seluruh manusia tak seperti Nabi2 lain yang diutuskan utk kaum & zamannya sendiri.
Allah Jalla wa Ala pilih Nabi Muhammad saw, pilihan Allah ni, seorang yang berakhlak baik, tinggi peribadi, sahsiah terpuji, bijaksana. Allah pilih dengan cara istimewa utk pilihan Allah ini( baca:RasuluLlah) menghadapi cabaran seluruh dunia.
Nabi2 lain ada mu'jizat tersendiri. Mu'jizat RasuluLlah saw adalah ilmu, iaitu dengan Al-Quran. Mu'jizat Rasul adlh dgn ilmu dsebabkan manusia semakin menuju wawasan ilmu, faktor pembangunan manusia.
Allah pilih utusan agamanya (baca:Nabi saw) di tempat Makkah. Beliau dilahirkan daripada Kabilah Quraisy, di bumi yg kering. Perkataan 'Quraisy' bermaksud 'Jerung'. Akan tetapi, berkat doa Nabi Ibrahim, Makkah tempat yang strategik & mjadi bandar metropolitan yg diatur oleh Allah dgn cara yg menakjubkan utk sirah perjuangan RasuluLlah saw. (Baca surah Quraisy).
Strategi yang Allah aturkan merupakan akidah, akhlak(peribadi Rasul), ekonomi(Makkah bandar metropolitan). Dalam keadaan manusia yg kosong akidah, golongan yang meminda kitab Allah.
Walau masyarakat jahiliyah berleluasa dgn kejahilan mereka, ada golongan yang masih berpeganh teguh dgn Agama, yakin & menunggu kelahiran RasuluLlah saw sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab.
Abu Talib(bapa sauara Nabi saw) bawa Nabi jumpa pendeta utk mengenalpasti kenabian Muhammad saw.
Kuasa besar Parsi, Rom, China, India sememangnya terkenal dengan ketamadunan yang dilihat hebat, hakikatnya ia dibina atas kezaliman, dibina atas 'mayat2' rakyat yang dizalimi. Ia menunjukkan runtuhnya akhlak mereka.
Then Allah lahirkan Nabi saw, yg perlu berhadapan dengan kaum sendiri dahulu, sebelum berdepan dengan dunia.
Allah boleh bagi kerajaan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Allah juga boleh cabut kerajaan sesiapa yang DIA kehendaki.
Allah memuliakan kemenangan itu dengan syarat, iaitu mereka diuji oleh Allah Ta'ala. Apakah kamu mengira kamu masuk Syurga selagi kamu belum diuji.
Kenapa Allah uji? Untuk bina jati diri, bina iman. Sahabat2 diseksa, dibunuh sebab berpegang dan pertahankan Islam. Mereka ditarbiyah utk bina jati diri, akidah sebelum diberi kemenangan. Allah tarbiyah dulu!
Kemenangan Islam meruntuhkan jahiliyah & tak diganti oleh jahiliyah yang lain.
Rasul saw ditawarkan kemewahan & pangkat dengan syarat meninggalkan Islam. Orang sanggup menghabiskan duit nak bagi jawatan kat RasuluLlah, asalkan jangan bawa Islam. Rujuk jawapan Rasul dlm surah Al-kafirun.
Nabi saw ajak pemimpin2 Arab di Makkah masuk Islam, tapi pemimpin2 Madinah yang ikut Islam, sebab negara Madinah negara ramai ahli kitab, terima Nabi saw berhijrah & daulatkan Islam.
 Kena bina asas. Nabi bsabda bhwa Allah perintah buat perintah & blaku adil. Pemimpin Bani Syaiban berkata bahawa ini bukan daripada suruhan manusia, pasti suruhan dari langit. Nabi suruh pemimpin tersebut utk mengucapkan syahadah.. Kata pmmpin itu bahawa ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw adalah ajaran yang baik. Tapi katanya ini kalimah syahadah yg ditentang oleh sluruh dunia.. 'Ajaran mu baik, tp kami xsggup menghadapi tentangan dunia.'
Pemimpin Auz dan Khazraj berbai'ah & menerima Islam. Selepas itu ada yg tanya Rasul, skiranya Islam menang, engkau RasuluLlah pulang balik ke Mekah? Nabi senyum. "Aku bersama kamu."sabdanya. Dan sungguh, Nabi dimaqamkan di Madinah setelah baginda wafat.
 Disambung oleh kump Islam yg bertali arus.. Pemimpin Rom, terima Islam tanpa paksaan. Masyarakat Rom mnggalkan Agama mereka, menuju Islam.
Islam mghargai ahli2 ilmu dlm plbgai bidang. Lahirlah tamadun Islam. Nabi saw cpta teori bank. Pmbinaan hospital, teori daripada Nabi suruh bina khemah utk rawat Saad yg cedera.
Allah akan tetap menyempurnakan agama Islam, tapi KENA BERJUANG DULU.
Isi2 & kesimpulan ceramah Sirah Perjuangan RasuluLlah, KUIS, 4 Jan 2015.
(Sebarang top up & pembetulan, silakan)
Al-haqirah,
Noor Ratiawani binti Wira. Usimian.

#Be my friend in facebook. https://www.facebook.com/noor.arraudhah