Carilah yang Hakiki itu~
Dalam kehidupan kita seharian, banyak yang kita lalui… dan
setiap orang itu pastilah ada peringkat-peringkat mereka yang mana mereka
menjadi lebih baik ataupun sebaliknya…
Bagi yang hati mereka didorong untuk mencari-cari
kebenaran, ingin mendekat pada ALLAH, dan mereka berusaha menujunya, insyaALLAH… mereka kan dapat jalan… dan
dalam setiap jalan itu juga tersedia pelbagai mehnah dan tribulasi (ujian) yang mana
mereka memerlukan kekuatan untuk menghadapinya… dan mereka kan kuat pabila
mereka meraih, menggapai cinta ALLAH TA’ALA…ALLAH2
Dan setiap jalan yang dihadapi itulah peringkat yang mereka
perlu lalui dan tempuhi… Bagi mereka yang ingin meningkatkan diri mereka menuju
MardhotiLlah(keredhaan ALLAH), mereka kan pasti merasai tahap-tahap tersendiri
yang ALLAH kurniakan buat mereka…

Pernahkah kita menginsafi, bahawa setiap yang berlaku dan
apa yang kita lalui itu adalah anugerah ALLAH… pernahkah di saat kita ingin
mendekat padaNYA begitu susah, akan tetapi kita tetap cuba meraih cinta…ya,
kita mencuba melaksanakan ketaatan, walau kadang-kadang kejahatan itu hebat
berbisik… akan tetapi, kerana besarnya matlamat kita iaitu rahmat ALLAH,
mengharapkan kasih sayangNYA, nak berada dalam keadaan redha ALLAH, kita
mencuba untuk mentaati, meskipun kadang-kadang nak taat, nak istiqamah dalam
ketaaatan itu susah dan payah…

Duhai hati-hati yang merindui kebahagiaan…
Berusahalah untuk sentiasa perbaiki diri… tanamkan dalam
hatimu untuk perbaiki… sentiasalah detikkan di hati untuk menjadi lebih baik
dari sebelum ini… jom menata hati… di manakah kamu saat ini… apakah tenang jiwa
sanubari… apakah mendekat dengan ILAHI…
ALLAH… memang perit untuk menjadi hambaMU yang soleh
solehah… ia sungguh indah namun begitu payah… ALLAH… ku ingin istiqamah, namun
bisikan buruk sentiasa menjelajah… ya ALLAH, ku mahu rahmah dan berkah… istiqamahkan hadirnya hidayah…semoga diriku
ini gagah…
Sahabat,
Pertamanya, perlu dalam diri kita, hati kita untuk tanamkan
rasa ingin mencari, mendapatkan petunjuk jalanNYA yang lurus… kerana apa?
Kerana Hidayah ALLAH perlu dicari, bukan dengan bergoyang kaki… Hati kena ada
rasa terdorong untuk ambil tahu, untuk mencari-cari, untuk menerokai akan yang
hakiki… dan yakinlah, bila hati dan niat ini jujur tulusnya untuk ILAHI, maka
kau akan hadapi… dan jumpai, pertemuan jalan yang hakiki… insyaALLAH
~bersambung...
No comments:
Post a Comment