Pages

Wednesday 1 October 2014

Saya

Assalamu'alaikum.

Hai... ^_^

Rasanya dah berbulan-bulan tak kemaskini blog ni. ^_^ Sibuk lah sangat!

AlhamduliLlah.
ALLAH bagi semangat baru pada jasad yang sama. 'Aku' yang dulu bukanlah sepenuhnya yang sekarang. Maksudnya saya insyaALLAH ada perubahan. InsyaALLAH, mudah2an lebih baik.

Bercerita mengenai dunia kampus, saya di Universiti Sains Islam Malaysia. AlhamduliLlah lagi sekali, banyak siratan dan suratan yang ALLAH Jalla wa A'la bagi. :)

Di dunia kampus, saya belajar banyak perkara... Di situ juga saya makin mengerti erti hidup yang sebenar... Dalam erti kata lain, yeah saya dah makin dewasa, dah makin matang. Boleh faham dah itu ini, benda2 yang dulu tertanya2. Seiring dengan pembelajaran ilmu2 dalam perkuliahan dan tutor, di samping tambahan ilmu2 luar kuliah. Banyak persoalan yang terjawab kadang2 tanpa kita sedari.

Saya rasa, bukan saya dapat perkembangan dari segi intelektual sahaja, bahkan saya meneliti dari segi spiritual dan emosi, saya makin faham itu dan ini. Mungkin berkat mereka yang ikhlas ajar saya. Saya ni tumpang sahaja berkat orang, saya tiada apa-apa sangat nak bawa, mungkin tak sama dengan orang lain. Ana cuma bawa cinta, cinta yang saya tahu, cinta yang saya rasa, cinta yang saya yakin, bahawa ia berhak disalur Pada yang Haq.

ALLAH dan RasulNYA,

Terkadang si kerdil ini selalu mengatakan cinta dan cinta, hingga hampir bosan telinga mendengar, akan tetapi difikir juga, betul ke cinta dengan setulus-tulus cinta pada ALLAH dan Rasul. Menginsafi, mampukah nk contohi betul2 'ulama'2 dulu, yang dekat dengan ALLAH dan kuat tegung pegang perjuangan RasuluLlah.

Saya tinggalkan dahulu dengan muhasabah cinta. CINTA OH CINTA <3

No comments:

Post a Comment