Pages

Monday 29 April 2013

Orang Beriman Seronok Buat Benda Baik =)


Seronok kan kalau hati kita sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan… ^_^
Murobbi Syeikh Zainul Asri pernah berkata dalam satu majlis ilmu : “ orang yang beriman seronok bila buat benda baik”
Murobbi Syeikh Zainul Asri

Sahabat, banyakkan buat benda-benda baik, andai banyak masa lapang, maka isikanlah dengan perkara yang baik… biarlah sibukmu itu bermanfaat…
Dan luangkanlah waktu, berikanlah hatimu untuk ALLAH… Banyakkan mengingati ALLAH walau di mana jua kita berada… Cuba dorongkan waktumu untuk ALLAH… isikanlah hatimu itu ingatan pada ALLAH… insyaALLAH… di satu saat kamu kan merasa pahit pabila kamu mulai menjauh…
Sahabat, ujian itu adalah suatu didikan buat mereka yang mengambil pelajaran… Andai diuji dengan berat sekali nak menuju ALLAH… Maka jangan terus menerus berputus asa,.. Akan tetapi, segeralah kembali pada DIA… TAUBAT… ISTIGHFAR… ZIKIR… ingat ingat dan ingat… dan BANGKITlah…
BANGUN dari lena yang panjang… BANGUN dari jatuh yang menyakitkan… walau sepahit mana pun, selagi mana hatimu berpaut pada YANG HAQ yakni ALLAH, kamu kan merasa manisnya iman… maka bangunlah wahai pejuang-pejuang… raih kembali redha ALLAH… harapkan lagi pada rahmat ALLAH… dan semoga mendapat kasih sayang ALLAH…


Sahabat, pabila kita melakukan kesilapan dan kita merasa sedih dan dukacita dengan noda tersebut… Maka, itulah antara ciri-ciri mereka yang punya iman… Maka, mintalah pada ALLAH agar tidak membolak-balikkan hati lagi… biarlah dalam hati kita suka pada IMAN, dan semoga terhias di hati dan semoga kita membenci kemungkaran… KEMBALI pada TUHAN… dan berazamlah agar tidak mengulangi kesilapan… dan teruskan PERJALANAN… insyaALLAH

bagaimanakah rasa itu...?


nak pilih permata terbaik dalam kalangan permata-permata yang hadir... perlu istikharah...
hatiku bertanya, "bagaimanakah jodoh itu? adakah ALLAH akan detikkan di hati?"
ku mengenang kembali akan kata-kata Ustaz Ramli di Matrikulasi dahulu, beliau pernah berkata 'jodoh itu ibarat destinasi kita, bila kita hampir, kita kan tenang... kalau tak tenang, maka belum jodoh la tu'


sampai hari ini... ku tertanya-tanya, bagaimanakah rasa tenang itu? tenang yang bagaimanakah...
jawapannya, tunggu saya kahwin dulu, baru saya cerita bagaimana ia ya... hehe ^_^
banyak juga bertanya sahabat-sahabat yang sudah berkahwin, tapi belum dapat faham lagi bagaimanakah... tu la, sesiapa yang tak merasai, dia tak mengetahui... :) tak mengapa...




apapun, prinsipmu sebagai muslimah, jagalah dan peliharailah diri dengan teguh... siapapun yang hadir, jangan mudah goyah dengan terus menyatakan dialah jodohku... istikharahlah, dan istisyarahlah... tenangnya dalam hati, dia lah yang dititipkan buatmu... dan perlu bagimu mengislahkan(mensolehahkan) dirimu...
jangan banyak soal bagaimanakah aku dan jodohku... tetapi utamakan bagaimana aku dan ALLAHku??? ALLAHu akbar! Muhasabah balik... kita bab jodoh seronok... senyum TIGA hampir sampai ke telinga, manis seri sekali senyumnya... akan tetapi, kenapakah kita tak perbaiki, mencuba untuk merasa seronok dengan ALLAH...

sahabat, tanamlah, semailah cinta ALLAH dan RasulNYA saw terlebih dahulu... insyaALLAH, bila kita cinta ALLAH, ALLAH akan bagi cinta yang terbaik untuk kita... Amin... insyaALLAH... maka janganlah gundah gulana soal jodoh... kalau sekadar nak tahu sebagai ilmu bagaimanakah jodoh itu, tak mengapa... dan Al-faqirah jua tahu, ia FITRAH kita sebagai manusia, yang nak berpasang-pasangan... maka mintalah dari ALLAH yang terbaik di sisiNYA...
boleh je nak doa macam ni...ni antara doa Al-faqirah amalkan... :D


"ya ALLAH, andai kau kurniakan padaku pasangan di dunia ini, maka hadirkanlah bagiku seorang suami yang soleh dan musleh, baik untuk agamaku, dunia akhiratku, hidup matiku, perjuanganku, zuriatku, keturunanku, keluargaku... satukanlah hati kami dan permudahkan jodoh kami..." Amin


"ALLAH, permudahkanlah bagiku seorang suami soleh, yang mengkhitbahku dan yang mengahwiniku, dan menjadi teman bagiku di dunia dan Syurga" (Doa ni dapat dari Murobbi Syeikh Zainul Asri dalam satu majlis Lantunan MaHabbah di USIM)


dan jangan dilupa, minta ngan ALLAH, HIDAYAH-NYA sentiasa... "ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan yang lurus"... dan doa agar hati tetap dalam agama dan ketaatan... "Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami terhadap AgamaMU dan ketaatan padaMU" Amin... supaya apa? supaya kita tetap menuju ALLAH, walau kadang-kadang tergelincir, tapi minta ALLAH terus tegur dan sentap agar kita beringat dan kembali bertaubat...
Minta ALLAH solehahkan diri kita ini... itu doa yang sangat baik... Kemudian, usahalah... jangan pernah putus asa dengan rahmat ALLAH... 


Berkata Syeikh Ibnu Athaillah Iskandari :
Maksudnya : "Sebaik-baik permintaan yang seharusnya kamu mohon dari ALLAH ialah (kemampuan) untuk melaksanakan apa-apa yang ALLAH perintahkan kepadamu."


Jom usaha... meraih cinta ALLAH dan RasuluLlah saw... Kalian kan merasa tenang dan damai... cubalah untuk IKHLASkan niat di hati... benar-benar kerana ALLAH... bukan kerana manusia... cubalah... Mulakan dalam solat sendiri, iaitu gapai khussyuk... itulah NIKMAT...
kita jaga dalam solat, nanti solat tu akan jaga kita di luar solat... maksudnya, "sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"... 


Maka, mulai hari ini... bertaubatlah andai pernah tersalah... berzikirlah andai pernah lupa ALLAH... tajdidlah niat andai pernah tersasar... Beramal solehlah dengan indah... Semoga mendapat RAHMAT ALLAH... 


~mengingati ALLAH menenangkan hati~

Sunday 28 April 2013

berjuanglah walau payah... MUJAHADAH :')


Malam ini… walau keadaannya bingar dengan suara-suara pelajar di kolej kediaman, surau tadi, kafe tadi dan sekarang di blok sendiri… ku merasa syahdu, walau zahirnya biasa-biasa sahaja, masih mampu senyum seperti yang lainnya… berusaha senyum kerana ALLAH, dengan nombor TIGA, senyum yang paling ceria dan menenangkan yang memandang… sedang mencuba…
 Walau jauh di sudut hati, merasa satu ulitan yang membuat diri seolah-olah kelam dalam cahaya samar… ALLAH, hati ini merintih… merindui… di saat dekat denganMU… di saat tiada detikan nilaian manusia lain lagi di hati, hanya pandanganMU… di saat rahmatMU yang ku harapkan… di saat tidakku bergantung pada amalku… di saat ku merasa sentiasa kurang denganMU… di saat ku sentiasa ingin menangis keranaMU… :’(
 ALLAH, terbuainya diri diulit keindahan duniawi, membuatkan hatiku semakin terisi dengan keduniaan ini, dan semakin melupaiMU ILAHI… ALLAH… betapa peritnya hati… tiada yang seperit ini… jauh denganMU begitu perit… tak mahu lagi tertanggung oleh hati ini… ALLAH, hambaMU yang hina dina, kerdil ini sungguh memerlukanMU… duhai TUHAN…


 Dalam hati ingin kembali menuntut cinta hakiki yang semakin gersang… Dalam surau tadi, diri ini memandang akan anak buah iaitu adik-adik muslimah Biro Pembangunan Insan… Walau diri ini senior untuk mereka, tetapi dalam peringatan, biarlah senior ini pula menjadi junior… Ku meminta nasihat dari mereka… seperti seorang yang memerlukan bimbingan, ku bertanya(lebih kurang camni)… “ adik2, kak nak minta nasihat dari adik2..” Kebanyakan dari mereka masing2 berkata akan kekerdilan diri… dan seorang dari mereka berkata… mengingatkan satu kalam yang pernah diri ini ungkapkan kepada mereka sebelum ini iaitu “’MUJAHADAH”… ALLAH, Al-faqirah bagi pada mereka dahulu, dan mereka kembali menukilkan, mengingatkan Al-faqirah tentang apa yang telah diri ini perkatakan…


Mengimbas kembali USRAH kami sebelum ini… iya, ku pernah dengan lantang mengatakan, menceritakan dan berkongsi tentang tausiyah dari Habib Solah Al-Qadiry(Seorang Pensyarah USIM dan merupakan keturunan RasuluLlah saw)… Al-faqirah pernah bertanya soalan, macam mana nak ISTIQAMAH, macam mana nak IKHLAS… jawapannya(Habib Solah) hanya satu perkataan, tetapi besar ertinya iaitu “MUJAHADAH”(berjuang)… Nak dapat tu semua, perlu mujahadah…
 Ya, mujahahadah… Kita nak satu perubahan, jangan bergoyang kaki sahaja… kita nak hidayah ALLAH, maka berdoalah, mintalah, usahalah… kita nak kebaikan, maka usahakan… aku mengerti kalam adik tadi… dan seolah-olah ALLAH sendiri yang menyampaikan, menyuruhku kembali MUJAHADAH…


"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khussyuk" (surah al-Baqarah; 45)


bersabarlah menghadapi ujian ALLAH... solatlah dengan khussyuk... semoga ia mentarbiyah diri kita menjadi baik... insyaALLAH

"Sesungguhnya solat mencegah daripada perkara keji dan mungkar" 

Iya sahabat… dalam perjalanan kita menuju ALLAH ini, jalannya penuh dengan cabaran dan dugaan… dalam perjalanan menuju Syurga ini, jalannya dipagari dengan kesusahan, duri-duri yang menyakitkan, bukannya keseronokan, berbunga-bungaan…


Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan.’ (hadith Riwayat Muslim dan Tarmizi)


ALLAH, begitu teramat sangat merindui saat di KUIZM(Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad) di Gombak Selangor… Di saat ku bertiga, bersama dua sahabat sejati Siti Nur Syazwani dan Wan Norfatini, diri-diri ini bermusafir ke sana, dengan satu niat, insyaALLAH, ingin mentarbiyah (mendidik) hati untuk menjadi seorang muslimah solehah… ALLAH, di sana banyak yang ku peroleh… Dari petang itu, kami mendapat maklumat padat mengenai isu ekonomi negara ini… taujihat perjuangan pada malamnya… dan esoknya pula ada program khas… malam itu, sebelum esoknya… kami sememangnya tiada tempat penginapan, sekadar datang sendiri-sendiri sahaja dengan ktm dan bas menuju ke sana… walau tak tahu kan menginap di mana, hati kami yakin dan tenang sahaja, saat itu sepenuhnya kami bergantung pada pertolongan ALLAH… entah kenapa, ALLAH salutkan ketenangan itu… susah untuk merasai saat itu… ALLAH… pabila mujahadah betul-betul nak menuju pada jalanNYA, DIA bagi itu… ALLAH, dan saat itu mudahnya menitis air mata sebaik sahaja hati ini terkenang akanNYA dan mengingatiNYA… begitu mudah tersentuh denganNYA… ALLAH… :’(


Ku merindui saat itu… Di saat tiada rasa apa-apa hasad terhadap menusia lainnya, di saat ku benar-benar bergantung sepenuhnya pada ALLAH… di saat hati begitu lembut dan lunak untuk mengingati ALLAH dan memperingatkan diri tentang ALLAH… di saat diri mencuba untuk berakhlak kepada manusia di sekeliling… di saat segala-gala membawa bahagia dalam hati…
 ‘Ya ALLAH… Ampunkanlah dosa-dosaku… Ku menginsafi segala kesilapanku… ya ALLAH, ku ingin kembali dan sentiasa dekat padaMU…’


MUJAHADAH… benar… Al-faqirah perlu mujahadah… tersangat… MUHASABAH, mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada sahabiah… kemudian MUJAHADAH… semoga mendapat RAHMAH…


Berkata Imam AbduLlah Alwi Al-Haddad : “Jika dengan hikmah ALLAH, suatu jalan ditutup di hadapanmu, maka dengan RAHMAT-NYA, DIA akan membuka jalan lain bagimu yang lebih bermanfaat daripada jalan pertama”.


Rahmat ALLAH TA’ALA luas, banyak… pemurahnya DIA, DIA  tetap memberi walau kita ingkari… Pengasihnya DIA, DIA tetap memaafi walau kita banyak ingkari… maka kembalilah pada ALLAH… bartaubatlah dari kesilapan lalu… dan teruskan perjuangan menuju cinta ALLAH dan RasuluLlah saw…
 Ustaz Wan Mohd Fazrul(pensyarah kuliah dan tutor Subjek Agama Samawi)Al-faqirah pernah berpesan : “muslim perlu sentiasa mencari wasilah”… kita sebagai hamba ALLAH, nak menuju ALLAH, maka carilah jalan… sentiasa usaha… tak kiralah melalui sahabat ke, bacaan ke, video ke, tazkirah ke, majlis ilmu ke, qasidah ke… apa-apa pun, kena usaha… perlu…semoga kita kan berjaya…


Walau pahit jalan menujuNYA, kamu kan kuat dengan cintamu padaNYA itu… imanmu kan manis… mungkin terduga, tetapi hayimu kan bahagia… duhai hati-hati yang ingin rahmat ALLAH, yakinlah… pabila hatimu benar-benar nakkan ALLAH, maka DIA kan permudahkan jalan bagimu…kerana DIA maha tahu hati suci murnimu… maka minta lah dari ALLAH… Al-faqirah jua perlu melakukan itu… insyaALLAH… doakan Al-faqirah… 

Tuesday 23 April 2013

Berdoa Jodoh?

Sahabat-sahabat... satu perkongsian...

kalau kita nak kat seseorang, xperlu untuk kita mendoakan berjodoh dengannya... kerana dia juga punya hak untuk dapat apa yang layak untuknya... kesian kat dia... tapi, kita berdoalah agar ALLAH bagi yang terbaik untuk kita juga... please...

terpulang pada diri masing-masing untuk menata... harap faham itu ya.... minta yang terbaik di sisi ALLAH... kerana belum tentu apa yang kamu terlalu suka, itu baik untuk Agamamu dan dirimu... =)

berdoalah dari sekarang... "ya ALLAH, kurniakanlah aku pasangan yang baik untuk Agamaku, dunia akhiratku, hidup matiku, perjuanganku, zuriatku, keturunanku, dan keluargaku... satukanlah hati kami... permudahkanlah jodoh pertemuan kami..." yakinlah dengan apa yang ALLAH dan janji... usahalah perbaiki diri sendiri... inshaALLAH :)


Sulaman Ujian Manis buat Iman

BismiLlahir rahmaanir rahim...

Assalamu'alaikum... ^_^

Ini adalah kali pertama, Al-faqirah menukil kata, mengguna, memanfaatkan betul-betul blog... alhamduliLlah... ALLAH bukakan juga hati... Selama ni, sahabat-sahabat solehah duk suruh buat blog, buat blog... dan sekarang, sahabatku, saksikanlah... ^_^' 

Erm, Al-faqirah sebenarnya tak tahu nak conteng secara teratur tersusun dan cantik-cantik macam orang lain... Just tulis apa yang terlintas di hati jela ya... hihi... Semoga apa yang dari hati, kan sampai jua pada hati ya... mudah-mudahan, insyaALLAH =)

Sahabatku yang dirahmati ALLAH dan dikasihi Nabi saw...
Dalam keheningan malam yang indah ini, cuba masing-masing renungi...apakah yang dihadapi, dilalui sepanjang hari ini...ujian, mehnah, kesulitan kepayahan, kesesakan... apa lagi... dugaan cabaran dan sebagainya... ALLAHu akbar!

Sebagai hamba ALLAH, sebagai manusia biasa, diri ini menginsafi akan kelemahan dan keupayaan diri. Dalam melangkah menyusuri ranjau liku hidup ini, pastinya pelbagai sulaman ujian dan dugaan kan kita hadapi. YA, memang itu sepantasnya buat kita... kerana apa??? 


 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."

(Surah al-Ankabut  ayat 2-3) 


ALLAHu rabbi. Maka, ujian itu pasti kan mendatang. Maka persiapkanlah dirimu dengan kekuatan. "kekuatan yang ada pada dirimu itu adalah merupakan hadiah cintamu pada ALLAH"(kalam 'ulama'). Maka, semailah cinta pada ALLAH dan RasulNYA saw dalam hati dengan sehebat-hebatnya... dan dirimu kan kuat dalam mengahadapi segala-gala... insyaALLAH
Duhai sahabat, janganlah bersedih, janganlah gundah gulana... kuatlah... kerana ALLAH... perbanyakkan mentaati ALLAH... "untuk meningkatkan keimanan, maka perbanyakkan ketaatan"(kalam Murobbi Syeikh Zainul Asri)


 "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"...
(Surah Ali Imran  ayat 139)


Renung kalam ALLAH... semuanya menusuk dalam Qalbu (hati)... ALLAH banyak peringatkan dalam firmanNYA... maka kita sebagai hamba, ambillah peringatan... dan berusahalah menuju redha ALLAH... tetapkan matlamat, walau sepahit mana kekacauan, kesusahan... segala itu kan tersirat hikmahnya... biarlah matlamat kita tersemat cinta, cinta ALLAH dan RasuluLlah saw... menggapai redhaNYA... maka berbahagialah kamu duhai hati yang mensucikannya... ingatlah kita diberi pilihan sebagaimana kalamNYA yang benar...

" maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mrnyucikan jiwa dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (surah as-syams : 8-10)

Allah mengajar dan memberi panduan kepada manusia tentang cara melalui jalan kebaikan dan menghindari jalan kejahatan. Maka untung bagi mereka yang melalui jalan kebaikan dan sebaliknya... Maka, sahabat, pabila dikau hadapi ujian, semoga itu adalah TARBIYAH(didikan) buat dirimu untuk jadi lebih baik... tarbiyah baik-baik... kerana ujian yang hadir itu bukanlah sia-sia... Ia adalah guru yang tidak bersuara, tapi benar-benar mendidik..

Maaf sahabat, sikit saja sempat nak nukilkan di sini... Ada masa, insyaALLAH ku nukil... Semoga terbaik di sisi ALLAH... semoga LILLAH... insyaALLAH :) Maaf, kena bergegas untuk berjuang! haha... kat mana-mana pun berjuang kan... Perjuangan dari tipu daya syaitan la'natuLlah pun dikira perjuangan kan... Bertempur di medan perang pun, perjuangan kan... MUJAHADAH... bahasa Arabnya... ringkasnya, segala mana apa yang kalian buat, terpaksa menghadapi kesulitan semata-mata untuk menuju ke arah kebaikan daripada keburukan... maka itu dipanggil MUJAHADAH...
ok tata titi tutu... SalamuLlah ^_^