Pages

Sunday 28 April 2013

berjuanglah walau payah... MUJAHADAH :')


Malam ini… walau keadaannya bingar dengan suara-suara pelajar di kolej kediaman, surau tadi, kafe tadi dan sekarang di blok sendiri… ku merasa syahdu, walau zahirnya biasa-biasa sahaja, masih mampu senyum seperti yang lainnya… berusaha senyum kerana ALLAH, dengan nombor TIGA, senyum yang paling ceria dan menenangkan yang memandang… sedang mencuba…
 Walau jauh di sudut hati, merasa satu ulitan yang membuat diri seolah-olah kelam dalam cahaya samar… ALLAH, hati ini merintih… merindui… di saat dekat denganMU… di saat tiada detikan nilaian manusia lain lagi di hati, hanya pandanganMU… di saat rahmatMU yang ku harapkan… di saat tidakku bergantung pada amalku… di saat ku merasa sentiasa kurang denganMU… di saat ku sentiasa ingin menangis keranaMU… :’(
 ALLAH, terbuainya diri diulit keindahan duniawi, membuatkan hatiku semakin terisi dengan keduniaan ini, dan semakin melupaiMU ILAHI… ALLAH… betapa peritnya hati… tiada yang seperit ini… jauh denganMU begitu perit… tak mahu lagi tertanggung oleh hati ini… ALLAH, hambaMU yang hina dina, kerdil ini sungguh memerlukanMU… duhai TUHAN…


 Dalam hati ingin kembali menuntut cinta hakiki yang semakin gersang… Dalam surau tadi, diri ini memandang akan anak buah iaitu adik-adik muslimah Biro Pembangunan Insan… Walau diri ini senior untuk mereka, tetapi dalam peringatan, biarlah senior ini pula menjadi junior… Ku meminta nasihat dari mereka… seperti seorang yang memerlukan bimbingan, ku bertanya(lebih kurang camni)… “ adik2, kak nak minta nasihat dari adik2..” Kebanyakan dari mereka masing2 berkata akan kekerdilan diri… dan seorang dari mereka berkata… mengingatkan satu kalam yang pernah diri ini ungkapkan kepada mereka sebelum ini iaitu “’MUJAHADAH”… ALLAH, Al-faqirah bagi pada mereka dahulu, dan mereka kembali menukilkan, mengingatkan Al-faqirah tentang apa yang telah diri ini perkatakan…


Mengimbas kembali USRAH kami sebelum ini… iya, ku pernah dengan lantang mengatakan, menceritakan dan berkongsi tentang tausiyah dari Habib Solah Al-Qadiry(Seorang Pensyarah USIM dan merupakan keturunan RasuluLlah saw)… Al-faqirah pernah bertanya soalan, macam mana nak ISTIQAMAH, macam mana nak IKHLAS… jawapannya(Habib Solah) hanya satu perkataan, tetapi besar ertinya iaitu “MUJAHADAH”(berjuang)… Nak dapat tu semua, perlu mujahadah…
 Ya, mujahahadah… Kita nak satu perubahan, jangan bergoyang kaki sahaja… kita nak hidayah ALLAH, maka berdoalah, mintalah, usahalah… kita nak kebaikan, maka usahakan… aku mengerti kalam adik tadi… dan seolah-olah ALLAH sendiri yang menyampaikan, menyuruhku kembali MUJAHADAH…


"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khussyuk" (surah al-Baqarah; 45)


bersabarlah menghadapi ujian ALLAH... solatlah dengan khussyuk... semoga ia mentarbiyah diri kita menjadi baik... insyaALLAH

"Sesungguhnya solat mencegah daripada perkara keji dan mungkar" 

Iya sahabat… dalam perjalanan kita menuju ALLAH ini, jalannya penuh dengan cabaran dan dugaan… dalam perjalanan menuju Syurga ini, jalannya dipagari dengan kesusahan, duri-duri yang menyakitkan, bukannya keseronokan, berbunga-bungaan…


Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan.’ (hadith Riwayat Muslim dan Tarmizi)


ALLAH, begitu teramat sangat merindui saat di KUIZM(Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad) di Gombak Selangor… Di saat ku bertiga, bersama dua sahabat sejati Siti Nur Syazwani dan Wan Norfatini, diri-diri ini bermusafir ke sana, dengan satu niat, insyaALLAH, ingin mentarbiyah (mendidik) hati untuk menjadi seorang muslimah solehah… ALLAH, di sana banyak yang ku peroleh… Dari petang itu, kami mendapat maklumat padat mengenai isu ekonomi negara ini… taujihat perjuangan pada malamnya… dan esoknya pula ada program khas… malam itu, sebelum esoknya… kami sememangnya tiada tempat penginapan, sekadar datang sendiri-sendiri sahaja dengan ktm dan bas menuju ke sana… walau tak tahu kan menginap di mana, hati kami yakin dan tenang sahaja, saat itu sepenuhnya kami bergantung pada pertolongan ALLAH… entah kenapa, ALLAH salutkan ketenangan itu… susah untuk merasai saat itu… ALLAH… pabila mujahadah betul-betul nak menuju pada jalanNYA, DIA bagi itu… ALLAH, dan saat itu mudahnya menitis air mata sebaik sahaja hati ini terkenang akanNYA dan mengingatiNYA… begitu mudah tersentuh denganNYA… ALLAH… :’(


Ku merindui saat itu… Di saat tiada rasa apa-apa hasad terhadap menusia lainnya, di saat ku benar-benar bergantung sepenuhnya pada ALLAH… di saat hati begitu lembut dan lunak untuk mengingati ALLAH dan memperingatkan diri tentang ALLAH… di saat diri mencuba untuk berakhlak kepada manusia di sekeliling… di saat segala-gala membawa bahagia dalam hati…
 ‘Ya ALLAH… Ampunkanlah dosa-dosaku… Ku menginsafi segala kesilapanku… ya ALLAH, ku ingin kembali dan sentiasa dekat padaMU…’


MUJAHADAH… benar… Al-faqirah perlu mujahadah… tersangat… MUHASABAH, mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada sahabiah… kemudian MUJAHADAH… semoga mendapat RAHMAH…


Berkata Imam AbduLlah Alwi Al-Haddad : “Jika dengan hikmah ALLAH, suatu jalan ditutup di hadapanmu, maka dengan RAHMAT-NYA, DIA akan membuka jalan lain bagimu yang lebih bermanfaat daripada jalan pertama”.


Rahmat ALLAH TA’ALA luas, banyak… pemurahnya DIA, DIA  tetap memberi walau kita ingkari… Pengasihnya DIA, DIA tetap memaafi walau kita banyak ingkari… maka kembalilah pada ALLAH… bartaubatlah dari kesilapan lalu… dan teruskan perjuangan menuju cinta ALLAH dan RasuluLlah saw…
 Ustaz Wan Mohd Fazrul(pensyarah kuliah dan tutor Subjek Agama Samawi)Al-faqirah pernah berpesan : “muslim perlu sentiasa mencari wasilah”… kita sebagai hamba ALLAH, nak menuju ALLAH, maka carilah jalan… sentiasa usaha… tak kiralah melalui sahabat ke, bacaan ke, video ke, tazkirah ke, majlis ilmu ke, qasidah ke… apa-apa pun, kena usaha… perlu…semoga kita kan berjaya…


Walau pahit jalan menujuNYA, kamu kan kuat dengan cintamu padaNYA itu… imanmu kan manis… mungkin terduga, tetapi hayimu kan bahagia… duhai hati-hati yang ingin rahmat ALLAH, yakinlah… pabila hatimu benar-benar nakkan ALLAH, maka DIA kan permudahkan jalan bagimu…kerana DIA maha tahu hati suci murnimu… maka minta lah dari ALLAH… Al-faqirah jua perlu melakukan itu… insyaALLAH… doakan Al-faqirah… 

No comments:

Post a Comment